CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Kalendar JAPSER Brunei II (B)

11 Ogos - Media Permata

SR Haji Mohd Salleh, Sg. Hanching menangi pertandingan mengeja

Oleh RS-Man






BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Murid dari Sekolah Rendah HMS, Sg. Hanching muncul juara dalam pertandingan mengeja anjuran Unit Akademik, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah Brunei II (B) (JAPSER Br II B) yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Mentiri, hari ini.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh murid dari Sekolah Rendah Mentiri dan Sekolah Rendah Tentera Laut Muara.

Sebanyak 13 buah sekolah di kawasan Brunei II (B) menyertai pertandingan yang bertajuk "Knowledge Discovery Inter-School Spelling Competition 2009" itu.

Peserta yang bertanding terdiri daripada murid-murid tahun 4 hingga 6.

Pemangku Pegawai Pelajaran Kanan Daerah, Cikgu Azwan Abdullah Lai, yang hadir selaku tetamu kehormat majlis dan kemudiannya sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dan peserta.

10 Ogos - Spelling Bee 2009



Tetamu kehormat: Cikgu Md Azwan bin Abdullah Lai, Pemangku Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Brunei II (B)
Tempat: Dewan SR DMY, Mentiri

Pemenang-pemenang:
Pertama: SR HMS, Sg. Hanching
Kedua: SR Mentiri
Ketiga: SR Tentera Laut Muara