Kalendar JAPSER Brunei II (B)
14 Oktober - ASEAN Corner Competition 2009
11 Ogos - Media Permata
SR Haji Mohd Salleh, Sg. Hanching menangi pertandingan mengeja
Oleh RS-Man





BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Murid dari Sekolah Rendah HMS, Sg. Hanching muncul juara dalam pertandingan mengeja anjuran Unit Akademik, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah Brunei II (B) (JAPSER Br II B) yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Mentiri, hari ini.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh murid dari Sekolah Rendah Mentiri dan Sekolah Rendah Tentera Laut Muara.
Sebanyak 13 buah sekolah di kawasan Brunei II (B) menyertai pertandingan yang bertajuk "Knowledge Discovery Inter-School Spelling Competition 2009" itu.
Peserta yang bertanding terdiri daripada murid-murid tahun 4 hingga 6.
Pemangku Pegawai Pelajaran Kanan Daerah, Cikgu Azwan Abdullah Lai, yang hadir selaku tetamu kehormat majlis dan kemudiannya sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dan peserta.
10 Ogos - Spelling Bee 2009
11 Jun - Sesi Kongsisama JAPSER Brunei II (B)
08 Jun - World Oceans Day
17 Mei - Sukan Olahraga Brunei II (B)
07 Mei - Sesi Kongsisama Kurikulum SPN21
Click on the pics for more
Badan Perkembangan Staf JAPSER Brunei II (B) menganjurkan Sesi Kongsisama Kurikulum SPN21 Kawasan Brunei II (B). Sebanyak 5 buah kumpulan hasil gabungan daripada beberapa buah sekolah-sekolah rendah kawasan Brunei II (B) akan menyampaikan kongsisama berpusatkan kepada 5 mata Pelajaran SPN 21, iaitu 'Mathematics, Musics, Science, Social Studies dan Design & Technology - Lukisan dan Rekabentuk.
Tetamu kehormat yang hadir adalah Awang Haji Moksin bn Haji Mohammad, PPKD Brunei IIB. Antara daripada ucapan beliau ialah 'mengumpul SPN21 Best Practises sebagai bahan rujukan dalam pengajaran bagi kawasan Sekolah-sekolah rendah Brunei II (B).
Di akhir Sesi Kongsisama ini nanti, guru-guru diharapkan akan berleh pelbagai idea dalam strategi perancangan dalam meningkatkan pembelajaran murid-murid yang boleh diguna pakai di dalam bilik darjah yang menjurus kepada kualiti pengajaran. Hal ini merupakan salah satu bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan dalam SPN21.